PONTIAN 8 Ogos – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan kereta Perodua Kancil di Kampung Parit 1, Api-Api, dekat sini petang tadi. Pegawai Bomba dan Penyelamat Pontian, Pegawai Bomba Kanan 11, Abdul Sani Mat Jani berkata, pasangan tersebut, Ahmad Mohd. Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 3.39 dan sebuah jentera…