PUTRAJAYA 30 Ogos – Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) perlu dilaksanakan pada 1 September ini bagi mengelakkan kerajaan beroperasi dalam keadaan defisit. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tanpa pelaksanaan cukai berkenaan, kerajaan akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion pada tahun ini. “Kenapa kita nampak tergesa-gesa melaksanakan SST adalah kerana kita tidak mempunyai pilihan, sekiranya kita masih bertangguh dan tidak melaksanakannya, kita (kerajaan) akan beroperasi dalam keadaan defisit kerana kekurangan RM4 bilion. “Sekiranya negara beroperasi dalam defisit, keadaannya adalah amat teruk, ia bermakna kita tidak mempunyai hasil yang cukup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya