SPSB fail permohonan batal pembelaan Shahrir Samad - Utusan Malaysia

SPSB fail permohonan batal pembelaan Shahrir Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) pada 18 Julai lalu memfailkan satu permohonan bagi membatalkan Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut adalah susulan daripada penelitian Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan oleh Shahrir pada 6 Julai lalu.

Kata syarikat berkenaan, pernyataan itu bagaimanapun gagal sama sekali memberikan butir-butir atau alasan-alasan mengapa kenyataan-kenyataan media telah dibuat terhadap SPSB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekoran daripada permohonan di atas, Shahrir kini ingin meminda Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan supaya Pernyataan Pembelaannya tidak dibatalkan.

“Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas menetapkan 1 Oktober ini bagi pengurusan kes permohonan-permohonan tersebut,” jelas kenyataan berkenaan.

SPSB diwakili oleh Tetuan Reza Rahim & Rajivan manakala Tetuan Zul Rafique & Partners mewakili Shahrir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini