IPOH – Tiga individu termasuk pegawai dan bekas pegawai Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan minggu lalu. Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, siasatan itu merupakan siasatan biasa yang melibatkan kes semasa pengurusan persatuan terdahulu. “Saya mendapat maklumat ada pegawai Pafa yang telah dipanggil untuk siasatan SPRM tetapi ia bukan berkaitan pengurusan terbaru sebaliknya ada kes pengurusan lama.…










