KUALA LUMPUR 18 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan akan berlaku rombakan melibatkan beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan agensi itu. SPRM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, dakwaan yang dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana ditulis tanpa sumber sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat tular. “Laporan ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus…