SPR terima notis kekosongan DUN Seri Setia - Utusan Malaysia

SPR terima notis kekosongan DUN Seri Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Ogos- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia berikutan kematian penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, suruhanjaya itu menerima surat daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim hari ini berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan.

Beliau berkata, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada minggu hadapan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia.

“Mesyuarat akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, harian pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan.

“Tarikh mesyuarat tersebut akan dimaklumkan nanti oleh pihak SPR,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi dalam pertandingan empat penjuru menewaskan tiga pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN