Sorok 31.11kg syabu dalam stor - Utusan Malaysia

Sorok 31.11kg syabu dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki dan merampas 31.11 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1.56 juta dalam dua serbuan berasingan di Kajang dan Tanjung Malim kelmarin.

Serbuan pada pukul 9 malam hingga 10.55 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tiga suspek pertama berusia antara 23 hingga 27 tahun ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sungai Long, Kajang.

“Pemeriksaan di rumah tersebut telah menemui seba­nyak 30 bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu bernilai RM1.56 juta yang disorokkan di dalam bilik stor rumah terbabit.

“Siasatan yang dilakukan ke atas tiga suspek tersebut kemudiannya membawa kepada satu lagi tangkapan seorang lelaki berusia 52 tahun di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Tanjung Malim pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN