KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sokongan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia terhadap lelaki transgender, Nisha Ayub mampu mencetuskan provokasi dalam kalangan masyarakat di negara ini. Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, mereka yang mempunyai fahaman Barat tidak seharusnya ikut masuk campur dalam budaya Timur dan agama Islam di negara ini. Katanya, kenyataan itu bukan sahaja boleh mencetuskan provokasi, malah menjadi pemangkin kepada perpecahan masyarakat…










