PALEMBANG 20 Ogos – Skuad sepak takraw wanita negara akhirnya berjaya melakar kemenangan sulung dengan menundukkan Jepun 3-0 dalam acara regu berpasukan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Ranau Hall, Jakabaring Sport City hari ini. Turun dengan hanya satu misi iaitu mencari kemenangan, anak buah Mohd. Fikri Mohd. Nor tidak berlengah lagi apabila regu pertama negara berjaya menyumbang mata pertama walaupun terpaksa beraksi sehingga…










