KUALA LUMPUR 6 Ogos – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan beliau tetap berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya meskipun tewas 2-1 kepada China dalam perlawanan persahabatan di Changzhou semalam. Kim Swee berkata walaupun pemainnya hanya menjalani latihan seminggu yang lalu namun mereka menunjukkan perkembangan positif tetapi masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. “Saya rasa satu permainan yang baik untuk aksi pertama kita…










