KUALA LUMPUR – Malaysia mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN AFF Bawah 16 (B-16) setelah menang tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Gelora Joko Samudro, Surabaya, Indonesia, semalam. Kemenangan ketiga diraih skuad negara kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib itu menyaksikan mereka mengiringi Thailand yang muncul juara Kumpulan B setelah mencatat empat kemenangan berturut-turut. Selepas kalah 1-2 kepada Thailand pada…