Skim perlindungan kesihatan untuk B40 dilaksanakan 2019 - Utusan Malaysia

Skim perlindungan kesihatan untuk B40 dilaksanakan 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Skim insurans kesihatan sosial untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, perbincangan mengenai skim yang komprehensif itu memasuki peringkat akhir dan bakal diperluaskan kepada kategori lain termasuk untuk golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).

Beliau menambah, kementerian sedang membuat perincian, penelitian dan penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk sumber kewangan untuk membiayai skim itu sebelum dimasukkan ke dalam Bajet 2019. 

Ia masih melibatkan proses perbincangan dan penyelarasan bersama pihak kementerian, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan berhubung beberapa isu penting.

“Saya mahu skim  ini diteliti sebaik mungkin sebelum ia dibentangkan kepada umum,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN