JAKARTA, Indonesia – Kontijen Malaysia bakal menambah satu lagi pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018 pada esok. Pentas final skuasy perseorangan wanita di Arena Skuasy Gelora Bung Karno, Jakarta akan menemukan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain muda, S. Sivasangari bagi penentuan pingat emas serta perak. “Saya gembira apabila dapat melangkah ke final pada penampilan pertama dan ini merupakan sesuatu di luar jangkaan kerana saya berdepan lawan yang memiliki…










