BIAR bersilih ganti pendatang baharu yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan membanjiri pasaran persada seni, pesona Siti Sarah Raissuddin tetap utuh memayungi kanvas seninya. Siapa sangka usia penyanyi genit itu yang mula dikenali menerusi lagu Kesetiaan pada 2002 telah memasuki angka 16 tahun penglibatannya dalam industri seni tanah air. Keputusan untuk mengundurkan diri seketika pada waktu namanya sedang berada di puncak adalah satu keputusan sukar yang pernah dibuatnya. Namun…










