KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengarahkan kementeriannya melakukan siasatan segera berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih berkhidmat kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan sedia ada. “Saya mengambil maklum laporan sebuah portal berhubung tiga anggota khas ATM yang didakwa sehingga kini masih menjadi pengiring rapat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Oleh sebab itu, saya telah mengarahkan siasatan dibuat dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan serta peraturan sedia ada,” katanya menerusi laman Twitter rasminya hari ini. Mohamad mengulas laporan sebuah portal berita mengenai dua…