KUALA LUMPUR 15 Ogos – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat dua isu utama iaitu kehilangan wang tuntutan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya menentukan individu yang akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kedua-dua isu utama tersebut. “PAC diwujudkan di bawah Parlimen, sudah tentu kami juga bertanggungjawab terhadap institusi ini, jadi…









