Shahrukh Amin rangkul perak di Kejohanan Boling Remaja Dunia - Utusan Malaysia

Shahrukh Amin rangkul perak di Kejohanan Boling Remaja Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Jaguh boling junior negara Shahrukh Amin Zulkifli menamatkan kempen Malaysia pada Kejohanan Boling Remaja Dunia 2018 dengan pingat perak apabila pertandingan yang berlangsung di Michigan, Amerika Syarikat itu melabuhkan tirainya pada Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Anak jati Pahang berusia 18 tahun itu tewas 216-244 dan 198-247 di tangan wakil tuan rumah Cortez Schenk dalam acara akhir Masters lelaki yang berlangsung di Thunderbowl Lanes, Allen Park, demikian menurut laman sesawang kejohanan www.2018wyc.worldbowling.org.

Terdahulu, seorang lagi pemain boling muda negara Nur Syazwani Sahar memenangi pingat keduanya pada kejohanan itu apabila meraih gangsa menerusi acara Masters wanita selepas tunduk kepada atlet Korea Selatan Lee Jungmin pada peringkat separuh akhir dengan jatuhan pin 207-245 dan 241-246.

Junmin muncul pemenang pingat emas acara selepas menyingkirkan rakan sepasukan Son Hyeonji 214-214 dan 223-194 pada final.

Nur Syazwani sebelum ini menceriakan kem Malaysia apabila menggondol emas dalam acara All-Events wanita pada Rabu.

Beliau turut membantu Malaysia mengutip pingat gangsa untuk acara berpasukan pada Khamis. – BERNAMA

 

 

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN