KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar) sebagai Pengarah Urusannya yang baharu dan beliau bakal memulakan tugas pada 20 Ogos ini. Beliau menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang meletakkan jawatan pada 26 Julai lalu. Syarikat dana pelaburan strategik milik kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata, Shahril Ridza, 48, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan telah memegang jawatan itu…









