Sewa ketiak untuk iklan tular di Jepun - Utusan Malaysia

Sewa ketiak untuk iklan tular di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU lalu, berita tentang sebuah agensi pengiklanan di Jepun yang menjual ketiak wanita menjadi tular di media sosial.

Biarpun kedengaran pelik, namun sebuah klinik rawatan kecantikan telah menjadi pelanggan pertama agensi pengiklanan tersebut yang dikenali sebagai Wakino.

Syarikat Wakino dikatakan mempunyai pelbagai contoh gambar iklan ketiak wanita jelita untuk disewa oleh sesiapa sahaja.

Selain ketiak wanita jelita, agensi tersebut juga sedang mencari model lelaki yang berminat untuk mengiklankan ketiak mereka.

Agensi tersebut juga kini dikatakan sedang menganjurkan pertandingan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, syarikat pengiklanan tersebut mungkin terpaksa menghentikan penjualan iklan ketiaknya memandangkan musim luruh bakal tiba tidak lama lagi dan golongan wanita akan menutup ketiak mereka sepanjang musim tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN