Setiausaha Negara Amerika Syarikat kunjungi Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Setiausaha Negara Amerika Syarikat kunjungi Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Micheal R. Pompeo hari ini bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan serta merumuskan lawatan kerja dua harinya ke Malaysia.

Pada pertemuan 30 minit yang berlangsung di Perdana Putra di sini, Pompeo turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan besar Mahathir memenangi pilihan raya umum (PRU) pada Mei lepas.

Pompeo yang tiba pada pukul 9 pagi ini ditemani Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Pompeo adalah pegawai paling kanan Amerika Syarikat yang melawat Mahathir sejak kemenangan PRU yang dipimpin beliau. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN