PALEMBANG 26 Ogos – Malaysia hampir dikejutkan regu Korea Selatan yang memberi saingan sengit pada peringkat kumpulan hari ini, sebelum menang 2-0, sekali gus melangkah ke separuh akhir Sukan Asia. Dalam aksi di Bandar Sukan Jakabaring, Palembang itu, regu negara dipaksa berhempas pulas, malah seketika ketinggalan 12-17 di set pertama. Tindakan pantas ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad mengeluarkan tekong utama, Muhammad Syahir Mohd. Rosdi dan menggantikannya dengan Muhammad Zulkifli Abd.…










