PULAU PINANG 27 Ogos – Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang meninggal dunia awal pagi tadi menyembunyikan tentang penyakit kanser yang dihidapinya semata-mata mahu turun berkempen bersama jentera UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu. Perkara itu dikongsikan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Norliza Abdul Rahim yang berkata, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan turut tidak mahu terlepas menyertai setiap siri jelajah yang dijalankan oleh sayap Wanita…










