TAIPEI 13 Ogos – Seramai sembilan orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kebakaran di Hospital Taipei di New Taipei City pada awal pagi ini. 36 orang termasuk tiga kakitangan berjaya dipindahkan sejurus kebakaran bermula di tingkat tujuh di hospital berkenaan. Sementara itu, 16 orang pesakit mengalami sakit jantung tetapi tujuh daripadanya berjaya diselamatkan. Menurut jabatan bomba tempatan, sembilan lagi pesakit maut selepas terhidu asap. Ketua jabatan bomba New Taipei City, Huang Te-ching berkata punca kebakaran masih disiasat dan menafikan laporan bahawa sistem penyembur api gagal berfungsi. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya