Semangat juang jentera BN tidak pudar - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Semangat juang jentera BN tidak pudar – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Jentera Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis memperlihatkan semangat tinggi yang amat luar biasa walaupun kerusi itu kekal di tangan PKR.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut tidak melunturkan semangat mereka untuk terus berkempen dalam PRK DUN Balakong dan PRK DUN Seri Setia.

“Biarpun kita terasak ke dinding namun tiada kepudaran dalam kempen.

“Kita tunggu di Balakong dan Seri Setia untuk kesinambungan daya juang,” katanya melalui akaun Twitter milik beliau, malam tadi.

Beliau yang juga Presiden UMNO mengucapkan terima kasih kepada semua petugas UMNO dan BN atas segala usaha gigih mereka di Sungai Kandis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN