KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menyemak prosedur permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) dan memastikan tiada mana-mana penarik kenderaan menyalahgunakan permit tersebut. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, KPDNHEP juga bertanggungjawab memastikan pemilik permit mematuhi syarat yang ditetapkan serta tidak membuat sebarang penindasan terhadap pengguna. Tegasnya, ini termasuk sikap sebahagian penarik kenderaan yang bertindak ganas, berlagak samseng serta cuba menakut-nakutkan…










