Kadang-kadang Diva kasihan juga dengan kritikan dan kecaman yang dilemparkan netizen kepada Neelofa. Bukan apa, ada yang Diva tengok agak keterlaluan lebih-lebih lagi tatkala dia melakukan catwalk sempena memperagakan fesyen jenama Max Mara di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2018). Bagi yang menegur pengacara jelita itu secara baik, Diva juga setuju kerana menyedari fesyen wanita itu ada kalanya tidak kena dengan dirinya sementelahan dia sudah bergelar hajah. Bagaimanapun, Diva percaya,…