CHENGANNUR 21 Ogos – Lebih sejuta orang membanjiri kem perlindungan sementara di negeri Kerala ekoran bencana banjir yang telah mengorbankan kira-kira 410 orang setakat ini. Kerajaan Kerala berkata 1.02 juta orang kini berada di 3,200 kem perlindungan sementara di seluruh negeri itu. Pihak berkuasa Kerala menyatakan mereka menghadapi masalah kekurangan dana dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini bersetuju untuk menyumbangkan bantuan sebanyak AS$100 juta (RM410 juta). – AFP