SYDNEY – Scott Morrison mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Australia dalam tempoh 11 tahun semalam selepas Malcolm Turnbull tumbang berikutan pergolakan dalaman parti pemerintah. Mantan Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton yang juga bekas pegawai polis merupakan dalang gerakan untuk memaksa Turnbull berundur selepas parti pemerintah, Parti Liberal memberontak terhadap dasar liberalnya. Bagaimanapun, selepas krisis dalaman itu berlarutan selama seminggu di Canberra, Morrison yang merupakan sekutu Turnbull dan Bendahari Parti…










