Scaloni dilantik bimbing Argentina - Utusan Malaysia

Scaloni dilantik bimbing Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES – Lionel Scaloni telah dinamakan sebagai jurulatih sementara pasukan bola sepak kebangsaan Argentina.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) telah mengesahkan pelantikan pengendali berusia 40 tahun itu dalam satu kenyataan rasmi, kelmarin.

Scaloni yang sebelum ini membimbing skuad bawah 20 tahun (B-20) Argentina, akan dibantu oleh bekas pemain Argentina, Pablo Aimar sebagai pembantu jurulatih untuk membimbing skuad senior.

Memuatkan artikel berkaitan…

Scaloni bakal membuat debut sebagai jurulatih Argentina ketika aksi persahabatan menentang Guatemala dan Colombia dalam aksi persahabatan, bulan depan.

Ia bakal menjadi langkah pertama buat Argentina sejak mengharungi kempen mengecewakan di Piala Dunia 2018 Rusia yang mana Scaloni antara salah satu pegawai yang bekerja di bawah jurulatih dipecat, Jorge Sampaoli.

“AFA ingin memaklumkan bahawa selepas mesyuarat ahli eksekutif, Scaloni akan mengambil alih pasukan untuk aksi persahabatan bersama Aimar dan Martin Tocalli,” kata AFA dalam satu kenyataan.

Presiden AFA, Claudio Tapia memberitahu bahawa beliau menjangkakan badan induk persatuan itu tidak berminat untuk mencari pengganti Sampaoli sebaliknya mahu jurulatih sementara, Scaloni membawa pasukan sehingga penghujung tahun ini.

“Ada tiga perlawanan persahabatan yang kami akan bermain di antara bulan depan sehingga akhir tahun dan pasukan ini akan dibimbing oleh Scaloni dan Aimar,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×