BUENOS AIRES – Lionel Scaloni telah dinamakan sebagai jurulatih sementara pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) telah mengesahkan pelantikan pengendali berusia 40 tahun itu dalam satu kenyataan rasmi, kelmarin. Scaloni yang sebelum ini membimbing skuad bawah 20 tahun (B-20) Argentina, akan dibantu oleh bekas pemain Argentina, Pablo Aimar sebagai pembantu jurulatih untuk membimbing skuad senior. Scaloni bakal membuat debut sebagai jurulatih Argentina ketika aksi persahabatan menentang…









