TELUK INTAN 18 Ogos – Biarpun sudah 61 tahun berlalu, detik bersejarah ketika melihat bendera Union Jack diturunkan di Dataran Merdeka pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 masih lagi segar dalam ingatan Sariah Ali. Dia yang kini berusia 84 tahun merupakan salah seorang daripada kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita negara menangis kegembiraan apabila melihat bendera penjajah tersebut diturunkan sebelum disusuli teriakan ‘Merdeka!’ oleh ribuan rakyat yang hadir. Tambah Sariah,…