KUALA LUMPUR 5 Ogos – Bintang baharu, Sarah Suhairi, 18, berharap dapat menonjolkan kelainan vokalnya yang sebelum ini pernah dikatakan kedengaran seperti milik penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah menerusi platform Big Stage 2018 (BS 2018) yang mula disiarkan malam ini. Menurut Sarah, dia berasa segan dan malu apabila isu tersebut ditimbulkan kerana sedar dirinya yang masih mentah jika hendak dibandingkan dengan pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagi tiga tahun berturut-turut…










