MELAKA 27 Ogos – Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan seorang pemimpin kerajaan negeri ini berpangkat Exco yang dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan kuasa. ADLY ZAHARI Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya menganggap SPRM berhak melaksanakan tugas mereka untuk melakukan siasatan terhadap mana-mana laporan yang dibuat tanpa mengira kedudukan atau pegangan politik individu berkenaan. Menurutnya, isu integriti adalah asas utama yang diberi perhatian…










