Ruhainies kena friendzone - Utusan Malaysia

Ruhainies kena friendzone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMPOH hari, hati Diva berbunga-bunga apabila mendapat tahu pelakon cantik, Ruhainies menerima bunga daripada seorang pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid.

Memang sebelum ini Ruhainies ada mengatakan yang hubungan mereka sekadar kawan tetapi biasalah, kalau dah terima jambangan bunga, pasti ramai terutamanya netizen akan beranggapan hubungan itu lebih sekadar teman biasa.

Namun, baru-baru ini lain pula ceritanya, bukan apa, Diva ada perasan sebuah portal telah memuat naik artikel mengenai Safawi yang didakwa memiliki seorang teman wanita yang cantik.

Apa yang pasti, wanita berkenaan bukanlah Ruhainies sebaliknya seorang pengacara televisyen.

Lebih mengukuhkan lagi perhubungan itu apabila pengacara itu dikhabarkan menulis kapsyen di Instagram dan ia ditujukan kepada Safawi.

Artikel itu menyebabkan ada netizen tertanya-tanya apa status Safawi dengan Ruhainies. Malah, di Instagram pengacara itu sendiri, ada yang tergelak dan kasihan kepada Ruhainies kerana telah di friendzone (mesra tetapi kawan) oleh Safawi.

Bagaimanapun, dalam ruangan komen itu, kakak kepada Ruhainies, Risteena tampil mempertahankan adiknya dengan mengatakan Ruhainies sudah ada teman lelaki dan Ruhanies tidak mahu pemain bola sepak.

Macam-macam. Pening Diva. Apa pun semoga isu ini tidak dipanjangkan dan dapat diselesaikan dengan baik. Mungkin hanya salah faham.

Diva: Tak sabar nak tengok cahaya mata, Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noornabila. Mesti comel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN