TEMPOH hari, hati Diva berbunga-bunga apabila mendapat tahu pelakon cantik, Ruhainies menerima bunga daripada seorang pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid. Memang sebelum ini Ruhainies ada mengatakan yang hubungan mereka sekadar kawan tetapi biasalah, kalau dah terima jambangan bunga, pasti ramai terutamanya netizen akan beranggapan hubungan itu lebih sekadar teman biasa. Namun, baru-baru ini lain pula ceritanya, bukan apa, Diva ada perasan sebuah portal telah memuat naik artikel mengenai Safawi…










