RM16 bilion gagal dikembalikan - Utusan Malaysia

RM16 bilion gagal dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mendedahkan kerajaan terdahulu gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar berjumlah RM16.04 bilion yang tertunggak selama lebih enam tahun hingga 31 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jumlah itu melibatkan lebih 1.6 juta kes merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan yang tidak me­nerima bayaran balik cukai terlebih bayar mereka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan oleh kekura­ngan pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

“Bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarkan jumlah baki tabung tersebut.

Baki yang sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei tahun ini ha­nya RM1.486 bilion berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara.

“Amaun ini adalah jauh lebih rendah daripada keperluan jumlah bayaran balik kredit cukai seba­nyak RM16.04 bilion yang sepatutnya dibayar.

“Dengan kata lain, masih wujud kekurangan RM14.56 bilion setakat 31 Mei tahun ini yang menyebabkan 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik cukai mereka sejak lebih enam tahun dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN