KISAH mengenai pelajar jurusan Geografi di Universiti Malaya, Fatin Nursyahirah Yusuf, 24, yang hanya sempat bergelar isteri selama 18 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Sabtu lalu ternyata menyentak perasaan banyak pihak. Kisah gadis malang itu telah menjadi berita utama kebanyakan akhbar tempatan selepas dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jitra, Kedah, kurang daripada 24 jam selepas diijabkabulkan dengan suaminya, Muhammad Saiful Azzam Mohmed, 25, pada…