BIAR bergilir waktu, figura bernama Lisa Surihani ini tidak akan pernah melepaskan ‘cinta pertamanya’ iaitu dunia seni, meskipun kini sudah berstatus isteri dan ibu. Dua dekad bergelumang di hadapan lensa kamera tidak memungkinkan wanita berusia 32 tahun itu meletakkan titik noktah kepada kariernya selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Yusry Abdul Halim. Selama aktif dalam dunia layar lebar, kualiti lakonannya pasti memberi kesan kepada penonton dan antara naskhah popular yang…










