KUALA LUMPUR 14 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh digesa supaya memohon maaf kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) di negara ini ekoran saranannya supaya golongan transgender menggunakan tandas OKU. Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral, Ras Adiba Radzi berkata, golongan OKU membantah serta tidak bersetuju dengan saranan Fuziah tersebut selain mempertikaikan keperluan tandas OKU dikongsi dengan kumpulan individu yang mempunyai keupayaan fizikal.…










