KUALA LUMPUR 17 Ogos – RapidBus menubuhkan satu pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan insiden yang membabitkan bas RapidKL di AU2 Keramat, malam tadi. Ketua Pegawai Eksekutif RapidBus, Mohd. Azam Omar berkata, pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka bersertakan dokumen-dokumen yang berkaitan melalui e-mel ke alamat [email protected]. “Bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan. Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya