WASHINGTON 25 Ogos – Tiga rakyat Asia Tenggara yang muncul dalam satu video menunjukkan seorang tawanan dipenggal pada 2016 disenarai hitam oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam. Menurut jabatan tersebut, ketiga-tiga mereka iaitu rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Udin; rakyat Indonesia, Mohammed Karim Yusop Faiz dan warga Filipina, Mohammad Reza Lahaman Kiram mengambil bahagian dalam video dibuat di Syria pada Jun 2016 di mana anggota Daesh menghukum mati seorang tawanan.…