SKUAD Felda United mempamerkan kebangkitan apabila mencatat kemenangan kedua selepas tiga perlawanan ketika menundukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 3-2 pada saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor kelmarin. Biarpun ketinggalan 0-2 pada 20 minit pertama, skuad kendalian B. Sathianathan bangkit untuk menjaringkan tiga gol, sekali gus mengutip tiga mata berharga di tempat lawan. Sathianathan berkata, beliau memuji semua pemain yang tidak mudah putus asa dan bermain dengan…










