KUALA LUMPUR 13 Ogos – Penyanyi Rahmad Tohak, 49, bersyukur kerana berpeluang menunaikan fardu haji buat kali kedua selepas tiga tahun melaksanakan rukun Islam kelima itu. Rahmad yang bertolak pada hari ini bersama kakak dan abang iparnya mengikut pakej swasta akan berada di tanah suci sehingga 22 September depan. Jelas Rahmad, sewaktu berurusan dengan pakej haji CS Holidays Sdn. Bhd., bagi pihak kakaknya, dia secara tidak langsung bertanya jika ada…










