PALEMBANG 27 Ogos – Muhammad Rafiq Ismail terpaksa mengejar dua kali daripada ketinggalan untuk memenangi pingat pertama Malaysia dalam sejarah acara Masters Sukan Asia selepas menundukkan juara bertahan Park Jong-woo dalam perlawanan akhir hari ini. Rafiq yang berada di tempat keenam selepas tamat lapan game dalam blok pertama semalam, bangkit untuk menduduki tempat pertama setelah tamat pusingan kelayakan dengan 3,995 jatuhan pin sekali gus menunggu dalam perlawanan akhir step ladder.…










