SETIU 16 Ogos – Kerajaan negeri merancang memajukan Pulau Bidong yang terkenal dengan kesan sejarah penempatan pelarian Vietnam suatu ketika dahulu yang akan dijadikan pusat pelancongan khusus dan tersohor tidak lama lagi. Sebagai permulaan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas terlebih dahulu termasuk menaik taraf trek berjalan kaki selain membersih semak samun bagi mewujudkan suasana mesra alam untuk tarikan pengunjung ke situ. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika…










