KLANG 5 Ogos – Hasrat kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 dianggap bukan sebagai satu perkara yang membimbangkan kepada Proton. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, Proton kini hanya menumpukan untuk memperbaiki kualiti produknya, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan kepuasan pengguna. Menurutnya, industri automotif sememangnya berdepan dengan persaingan dan bergantung bagaimana untuk menghadapinya. “Berita tentang kereta nasional telah ramai orang cakap. Namun, bagi Proton apa yang…










