KUALA LUMPUR 30 Ogos- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah menetapkan tarikh 12, 13 dan 20 September ini bagi prosiding siasatan ke atas isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST). Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, beberapa saksi akan dipanggil bagi memberi keterangan kepada PAC berhubung isu berkenaan. “Prosiding pertama akan dibuat pada 12 September hadapan disambung pada 13 dan 20 September sebelum tarikh prosiding…










