PUTRAJAYA – Proses pendaftaran syarikat yang diuruskan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dijadikan model oleh Indonesia bagi memudahcara dan mempercepatkan urusan pendaftaran perusahaan dan syarikat di negara berkenaan. Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna H Laoly berkata, kaedah yang diaplikasikan oleh SSM sangat efisien dan mengambil masa yang singkat dan boleh dijadikan panduan oleh Indonesia. “Kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden, Joko Widodo (Jokowi) sedang berusaha untuk memperbaiki kecekapan…










