PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan bahan berbahaya seperti bahan peluntur dan racun dalam demonstrasi produk makanan dan boleh dikenakan tindakan. Merujuk kepada demonstrasi meminum kopi pracampur Green 35 yang ditambah bahan peluntur yang tular di media sosial, KKM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan tindakan penguatkuasaan sedang diambil ke atas pihak terbabit. Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi tujuan jualan untuk memperdaya…









