PRK DUN Sungai Kandis: 9.48 peratus keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi - Utusan Malaysia

PRK DUN Sungai Kandis: 9.48 peratus keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 9.48 peratus pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sehingga pukul 9 pagi ini.

Kesemua pusat mengundi bagi DUN Sungai Kandis telah mula dibuka sejak pukul 8 pagi tadi dan ditutup pada pukul 5.30 petang ini.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd. Zawawi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas, K. Murthy.

 Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafie akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada PRU-14 lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon Pas, Mohd. Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN